Popular Posts

Friday, 24 January 2014

Kenali kitab Tafsir SYIAH



1) Tafsir Hasan al-Askari

Tafsir ini adalah karya yang disandarkan kepada Imam Hasan al-Askari, seorang yang ditunggu-tunggu sebagai Imam Mahdi di kalangan Syiah. Bagaimanapun, kitab tafsir in tidaklah sempurna menafsirkan isi kandungan al-Quran. Ia hanya merupakan sebuah kitab yang tipis dan hanya menafsirkan surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah hingga ayat ke 282, yang mana kurang empat ayat lagi dari kesempurnaan keseluruhan surah al-Baqarah.

Isi daripada kitab tafsir ini sebenarnya hanya untuk menguatkan hujjah bagi ideologi mereka terutamanya mengenai ideology imamah yang dipercayai oloh golongan ini. Tafsir ini juga dipenuhi dengan kedustaan yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para keluarga baginda. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad, 2013, hlm. 161)

Antara tafsiran yang mereka lakukan adalah seperti pada ayat berikut:
"وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنّما نحن مصلحون ألا إنّهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون"
Maksudnya:
Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi. Mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan perbaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar. (Al-Quran, 2,11-12)
Menurut kitab tafsir Hasan al-Askari ini, ayat ini menjelaskan mengenai peristiwa di Ghadir. Hal ini dapat dilihat daripada ulasan yang ditulis dalam karya ini:
“Jika dikatakan kepada mereka yang merosak bai’ah di hari Ghadir, Janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi dengan merusak bai’ah terhadap hamba-hamba Allah yang tertindas, lantas kalian mengacaukan agama mereka, dan membingungkan terhadap mazhab mereka. Maka mereka berkata: Sesungguhnya kamu melakukan perbaikan, kerana kami tidak meyakini agama Muhammad ataupun selain Muhammad” (Tafsir Hasan al-‘Askari, hlm.44)



2) Tafsir al-Qummi

Kitab ini merupakan karya Abu al-Hasan Ali bin Ibrahim bin Hasyim al-Qummi. Menurut pengakuan Syiah sebagaimana yang ditulis oleh al-Jaza’iri dalam pengantar Tafsir ini bahawa kitab ini sangat qualified dan menjadi rujukan dalam mazhab Imamiyyah. (Skandal )

Alasannya, adalah kerana kitab ini merupakan acuan dan dasar dari kitab-kitab tafsir Syiah yang ditulis setelah zaman al-Qummi dan semua riwayat dalam tafsir ini adalah diriwayatkan dari para Imam Ahlul Bait. Dalam kitab tafsir ini juga banyak menerangkan keutamaan-keutamaan Ahlul Bait yang mana mereka menuduh bahawa ianya telah dihapuskan dari al-Quran oleh musuh-musuh Ahlul Bait yaitu para Sahabat Rasulullah s.a.w. Kitab tafsir ini dianggap sebagai sebuah karya agung kerana ia mampu menerangkan keseluruhan kandungan al-Quran yang mana ianya tidak mampu difahami kecuali melalui petunjuk Ahlul Bait sendiri.

Antara tafsiran yang boleh didapati dalam kitab ini adalah tafsiran daripada ayat surah az-Zukhruf:
"ولمّا ضرب ابن مريم مثلا إذا قومك منه يصدون وقالوا اآلهتنا خير أم هو ما ضربوه لك إلاّ جدلا بل هم قوم خصمون إن هو إلا عبد أنعمنا عليه وجعلناه مثلا لبني إسرائيل."
Maksudnya:
Dan tatkala putera Maryam (Isa) dijadikan perumpamaan tiba-tiba kamu (Quraisy) bersorak kerananya. Dan mereka berkata: “Manakah yang lebih baik tuhan-tuhan kami atau Isa?” Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar. Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israil. (Al-Quran, 43:57-59).


Mengenai hal ini, al-Qummi menulis:
وواضخ أنّ الآيات تتحدّث عن المسيح، ولكنه يذكر الأية الآخرة هكذا "إن عليّ الاّ عبد....... فمحى اسمه من هذا الوضع.
Maksudnya:
Adalah jelas bahawa ayat-ayat itu berbicara mengenai Isa al-Masih, akan tetapi sebetulnya ayat terakhirnya berbunyi begini: “Ali tidak lain hanya seorang hamba…” Kemudia nama Ali dihapus dari tempat itu.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh al-Qummi ini. Jika kita teliti, rata-rata penafsiran beliau adalah tidak lain hanyalah menggambarkan pengkafiran para sahabat dan pengakuan bahawa al-Quran kini adalah sudah tidak lagi lengkap. Inilah contoh tafsiran yang dijadikan rujukan oleh golongan syiah. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad, 2013, hlm. 166)


3) Tafsir al-‘Ayyasyi’
Tafsir ini merupakan karya Abu an-Nadhr Muhammad bin Mas’ud bin Ayyasy as-Sulami as-Samarqandi. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad, 2013, hlm. 173)

Tidak banyak perbezaan dengan tafsir al-Qummi, tafsir ini juga diberikan perhatian yang tinggi pada golongan syiah. Tafsir ini juga memuatkan riwayat-riwayat tahrif di dalamnya. Iaitu ayat-ayat al-Quran yang diubah tafsirannya dengan dimuatkan pujian dan penghormatan kepada ahlul bait dan imam-imam mereka.

Sebahagian contoh tafsir yang terdapat dalam kitab ini, iatu dari surah al-Nahl:
”إنّ الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي"
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. (Al-Quran, 16:90)

Antara tafisran yang boleh didapati dalam tafsir al-‘Ayyasyi’ ini adalah seperti berikut:
أنّ العدل شهادة أن لا إله إلا الله، والإحسان ولاية أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب، والفحشاء الحليفة الأوّل، والمنكر الثانيّ، والبغي الثالث.
Maksudnya:
Yang dimaksud adil adalah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Sedangkan yang dimaksud kebaijkan adalah wilayah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib. Adapun perbuatan keji itu adalah khalifah pertama, kemungkaran adalah khalifah kedua, sedangkan permusuhan adalah khalifah ketiga. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad, 2013, hlm. 173)

Daripada tafsiran-tafsiran di atas kita jelas dapat melihat akan fahaman dan keyakinan golongan syiah ini terhadap al-Quran. Tujuan mereka melakukan tahrif dan merubah tafsiran pada ayat-ayat al-Quran adalah menurut hawa nafsu dan pegangan mereka sendiri.

Mereka mendakwa al-Quran telah melalui proses perubahan pada zaman sahabat dan mereka juga menuduh bahawa al-Quran yang kita beriktiqad dengannya pada hari ini adalah sudah tercemar dan menurut syiah juga keimanan kita sudah tidak sah.


Kitab-kitab mereka tidak terhad kepada ketiga ini sahaja malahan lebih. Dengan itu kaum muslimin harus berhati-hati dalam mengambil idea-idea dari golongan syiah ini kerana jelas lagi nyata bahawa mereka tidak lain tidak bukan hanya akan menyesatkan umat Islam dan menimbulkan kecelaruan dalam memahami ayat-ayat al-Quran yang sebenarnya. Allahu ‘Alam


Rujukan

Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff. 2006. Syi’ah Rafidhah: Di Antara Kecuaian ‘Ulama’ Dan Kebingungan Ummah. Kelantan: Pustaka Bisyarah

A.Qusyairi Ismail & Moh.Achyat Ahmad.2011. Skandal Al-Quran Syiah. Jawa Timur: Pustaka Sidogiri.




No comments:

Post a Comment