1) Tafsir
Hasan al-Askari
Tafsir
ini adalah karya yang disandarkan kepada Imam Hasan al-Askari, seorang yang
ditunggu-tunggu sebagai Imam Mahdi di kalangan Syiah. Bagaimanapun, kitab
tafsir in tidaklah sempurna menafsirkan isi kandungan al-Quran. Ia hanya
merupakan sebuah kitab yang tipis dan hanya menafsirkan surah al-Fatihah dan
surah al-Baqarah hingga ayat ke 282, yang mana kurang empat ayat lagi dari
kesempurnaan keseluruhan surah al-Baqarah.
Isi
daripada kitab tafsir ini sebenarnya hanya untuk menguatkan hujjah bagi ideologi
mereka terutamanya mengenai ideology imamah yang dipercayai oloh golongan ini.
Tafsir ini juga dipenuhi dengan kedustaan yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w dan para keluarga baginda. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad,
2013, hlm. 161)
Antara
tafsiran yang mereka lakukan adalah seperti pada ayat berikut:
"وإذا قيل لهم لا تفسدوا في
الأرض قالوا إنّما نحن مصلحون ألا إنّهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون"
Maksudnya:
Dan bila dikatakan
kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi. Mereka menjawab:
Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan perbaikan. Ingatlah, sesungguhnya
mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar.
(Al-Quran, 2,11-12)
Menurut kitab tafsir
Hasan al-Askari ini, ayat ini menjelaskan mengenai peristiwa di Ghadir. Hal ini
dapat dilihat daripada ulasan yang ditulis dalam karya ini:
“Jika dikatakan kepada
mereka yang merosak bai’ah di hari Ghadir, Janganlah kalian berbuat kerosakan
di muka bumi dengan merusak bai’ah terhadap hamba-hamba Allah yang tertindas,
lantas kalian mengacaukan agama mereka, dan membingungkan terhadap mazhab
mereka. Maka mereka berkata: Sesungguhnya kamu melakukan perbaikan, kerana kami
tidak meyakini agama Muhammad ataupun selain Muhammad” (Tafsir Hasan al-‘Askari,
hlm.44)
2) Tafsir
al-Qummi
Kitab
ini merupakan karya Abu al-Hasan Ali bin Ibrahim bin Hasyim al-Qummi. Menurut
pengakuan Syiah sebagaimana yang ditulis oleh al-Jaza’iri dalam pengantar
Tafsir ini bahawa kitab ini sangat qualified dan menjadi rujukan dalam
mazhab Imamiyyah. (Skandal )
Alasannya,
adalah kerana kitab ini merupakan acuan dan dasar dari kitab-kitab tafsir Syiah
yang ditulis setelah zaman al-Qummi dan semua riwayat dalam tafsir ini adalah
diriwayatkan dari para Imam Ahlul Bait. Dalam kitab tafsir ini juga banyak
menerangkan keutamaan-keutamaan Ahlul Bait yang mana mereka menuduh bahawa
ianya telah dihapuskan dari al-Quran oleh musuh-musuh Ahlul Bait yaitu para
Sahabat Rasulullah s.a.w. Kitab tafsir ini dianggap sebagai sebuah karya agung
kerana ia mampu menerangkan keseluruhan kandungan al-Quran yang mana ianya tidak
mampu difahami kecuali melalui petunjuk Ahlul Bait sendiri.
Antara
tafsiran yang boleh didapati dalam kitab ini adalah tafsiran daripada ayat
surah az-Zukhruf:
"ولمّا ضرب ابن مريم مثلا إذا قومك منه يصدون وقالوا اآلهتنا
خير أم هو ما ضربوه لك إلاّ جدلا بل هم قوم خصمون إن هو إلا عبد أنعمنا عليه
وجعلناه مثلا لبني إسرائيل."
Maksudnya:
Dan tatkala putera
Maryam (Isa) dijadikan perumpamaan tiba-tiba kamu (Quraisy) bersorak kerananya.
Dan mereka berkata: “Manakah yang lebih baik tuhan-tuhan kami atau Isa?” Mereka
tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah
saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar. Isa tidak lain hanyalah
seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan
dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israil. (Al-Quran, 43:57-59).
Mengenai hal ini,
al-Qummi menulis:
وواضخ أنّ الآيات تتحدّث
عن المسيح، ولكنه يذكر الأية الآخرة هكذا "إن عليّ الاّ عبد....... فمحى اسمه
من هذا الوضع.
Maksudnya:
Adalah jelas bahawa
ayat-ayat itu berbicara mengenai Isa al-Masih, akan tetapi sebetulnya ayat
terakhirnya berbunyi begini: “Ali tidak lain hanya seorang hamba…” Kemudia nama
Ali dihapus dari tempat itu.
Terdapat banyak lagi
ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh al-Qummi ini. Jika kita teliti,
rata-rata penafsiran beliau adalah tidak lain hanyalah menggambarkan
pengkafiran para sahabat dan pengakuan bahawa al-Quran kini adalah sudah tidak
lagi lengkap. Inilah contoh tafsiran yang dijadikan rujukan oleh golongan
syiah. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad,
2013, hlm. 166)
3) Tafsir al-‘Ayyasyi’
Tafsir
ini merupakan karya Abu an-Nadhr Muhammad bin Mas’ud bin Ayyasy as-Sulami
as-Samarqandi. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad, 2013, hlm. 173)
Tidak
banyak perbezaan dengan tafsir al-Qummi, tafsir ini juga diberikan perhatian
yang tinggi pada golongan syiah. Tafsir ini juga memuatkan riwayat-riwayat tahrif
di dalamnya. Iaitu ayat-ayat al-Quran yang diubah tafsirannya dengan
dimuatkan pujian dan penghormatan kepada ahlul bait dan imam-imam mereka.
Sebahagian
contoh tafsir yang terdapat dalam kitab ini, iatu dari surah al-Nahl:
”إنّ الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى، وينهى عن
الفحشاء والمنكر والبغي"
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah
menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum
kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.
(Al-Quran, 16:90)
Antara tafisran yang
boleh didapati dalam tafsir al-‘Ayyasyi’ ini adalah seperti berikut:
أنّ
العدل شهادة أن لا إله إلا الله، والإحسان ولاية أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب،
والفحشاء الحليفة الأوّل، والمنكر الثانيّ، والبغي الثالث.
Maksudnya:
Yang dimaksud adil
adalah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Sedangkan yang dimaksud kebaijkan adalah wilayah Amirul Mukminin Ali bin Abi
Thalib. Adapun perbuatan keji itu adalah khalifah pertama, kemungkaran adalah
khalifah kedua, sedangkan permusuhan adalah khalifah ketiga. (A.Qusyairi Ismail & Mohd. Achyat Ahmad, 2013, hlm. 173)
Daripada
tafsiran-tafsiran di atas kita jelas dapat melihat akan fahaman dan keyakinan
golongan syiah ini terhadap al-Quran. Tujuan mereka melakukan tahrif dan
merubah tafsiran pada ayat-ayat al-Quran adalah menurut hawa nafsu dan pegangan
mereka sendiri.
Mereka mendakwa
al-Quran telah melalui proses perubahan pada zaman sahabat dan mereka juga
menuduh bahawa al-Quran yang kita beriktiqad dengannya pada hari ini adalah
sudah tercemar dan menurut syiah juga keimanan kita sudah tidak sah.
Kitab-kitab mereka tidak terhad kepada ketiga ini sahaja malahan lebih. Dengan itu kaum
muslimin harus berhati-hati dalam mengambil idea-idea dari golongan syiah ini
kerana jelas lagi nyata bahawa mereka tidak lain tidak bukan hanya akan
menyesatkan umat Islam dan menimbulkan kecelaruan dalam memahami ayat-ayat
al-Quran yang sebenarnya. Allahu ‘Alam
Rujukan
Maulana
Muhammad ‘Asri Yusoff. 2006. Syi’ah
Rafidhah: Di Antara Kecuaian ‘Ulama’ Dan Kebingungan Ummah. Kelantan: Pustaka Bisyarah
A.Qusyairi Ismail & Moh.Achyat Ahmad.2011. Skandal
Al-Quran Syiah. Jawa Timur:
Pustaka Sidogiri.