Popular Posts

Saturday, 16 November 2013

'Mati' Tazkirah yang sering dilupakan..






Berkata Saidina Ali r.a : “Aku tidak melihat sesuatu yang haq lagi pasti terjadi tetapi di anggap batil tidak bakal terjadi, seperti halnya maut. Dan tidak juga melihat sesuatu batil dan pasti lenyap tetapi dianggap haq dan kekal seperti halya dunia” (M.Quraish Shihab, 2002)

Manusia itu adakalanya sering terlupa akan wujudnya kematian. Kematian seakan-akan hanya ditetapkan untuk orang lain. Maut itu bakal memutuskan segala kelazatan duniawi, tidak kira sama ada sesorang itu dalam keadaan sedar atau tidak. 

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, biarpun kamu dalam benteng yang tinggi lagi kukuh” ( Surah An-Nisaa’, ayat 78).

Dalam firmannya yang lain: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)

Hal kematian ini telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 99 kali. Dengan itu, sebagai umat Islam perlulah kita sentiasa menghayati dan mengambil pengajaran darinya. Kematian itu tidak menunggu sebarang persiapan dari setiap jiwa, maka dengan itu cukup lah peringatan mengenainya yang menggegaskan kita untuk melakukan persiapan.

Manusia itu perlu sedar akan singkatnya perjalanan hidup di muka bumi ini. Terutamanya mereka perlu sedar bahawa saat kematian itu telah datang, tiada guna lagi amalan atau harapan bahkan doa yang ingin dipanjatkan. Dengan itu, selagi manusia itu masih berpeluang meneruskan kehidupan, perlulah dia sentiasa lebih menyibukkan diri dalam melakukan kebajikan dan amal soleh agar ketika kemtaian itu datang menjemput dia tidak lah meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang penuh sesalan.

Seorang penulis dan ahi sejarawan barat, Will Durrant, ada mengatakan: “Maut adalah sumber semua agama, boleh jadi jika maut tidak ada maka kepercayaan kepada Tuhan juga tidak ada”


Kerana ini juga Rasulullah S.a.w menganjurkan untuk kita selalu menziarahi kubur. Bukan untuk meminta tetapi untuk mengingatkan kita bahawa suatu ketika kita yang hadir sebagai penziarah itu juga bakal berada di tempat yang sama pada suatu hari nanti.

P/s: Destinasi akhir itu setia menanti..
       hanya kita yang sengaja tidak mahu mengerti,..
       Mari persiapkan diri...
       esok lusa belum pasti terjadi...

No comments:

Post a Comment