Popular Posts

Saturday, 16 November 2013

'Mati' Tazkirah yang sering dilupakan..






Berkata Saidina Ali r.a : “Aku tidak melihat sesuatu yang haq lagi pasti terjadi tetapi di anggap batil tidak bakal terjadi, seperti halnya maut. Dan tidak juga melihat sesuatu batil dan pasti lenyap tetapi dianggap haq dan kekal seperti halya dunia” (M.Quraish Shihab, 2002)

Manusia itu adakalanya sering terlupa akan wujudnya kematian. Kematian seakan-akan hanya ditetapkan untuk orang lain. Maut itu bakal memutuskan segala kelazatan duniawi, tidak kira sama ada sesorang itu dalam keadaan sedar atau tidak. 

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, biarpun kamu dalam benteng yang tinggi lagi kukuh” ( Surah An-Nisaa’, ayat 78).

Dalam firmannya yang lain: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)

Hal kematian ini telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 99 kali. Dengan itu, sebagai umat Islam perlulah kita sentiasa menghayati dan mengambil pengajaran darinya. Kematian itu tidak menunggu sebarang persiapan dari setiap jiwa, maka dengan itu cukup lah peringatan mengenainya yang menggegaskan kita untuk melakukan persiapan.

Manusia itu perlu sedar akan singkatnya perjalanan hidup di muka bumi ini. Terutamanya mereka perlu sedar bahawa saat kematian itu telah datang, tiada guna lagi amalan atau harapan bahkan doa yang ingin dipanjatkan. Dengan itu, selagi manusia itu masih berpeluang meneruskan kehidupan, perlulah dia sentiasa lebih menyibukkan diri dalam melakukan kebajikan dan amal soleh agar ketika kemtaian itu datang menjemput dia tidak lah meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang penuh sesalan.

Seorang penulis dan ahi sejarawan barat, Will Durrant, ada mengatakan: “Maut adalah sumber semua agama, boleh jadi jika maut tidak ada maka kepercayaan kepada Tuhan juga tidak ada”


Kerana ini juga Rasulullah S.a.w menganjurkan untuk kita selalu menziarahi kubur. Bukan untuk meminta tetapi untuk mengingatkan kita bahawa suatu ketika kita yang hadir sebagai penziarah itu juga bakal berada di tempat yang sama pada suatu hari nanti.

P/s: Destinasi akhir itu setia menanti..
       hanya kita yang sengaja tidak mahu mengerti,..
       Mari persiapkan diri...
       esok lusa belum pasti terjadi...

Tuesday, 12 November 2013

Puisiku luahan rasa...


Was updating my email and came across with this poems which i sent to Berita harian ....Not the pro, just a different way to express what i feel..And now feel like sharing it here ;)


Ujian itu kemanisan iman
Namun mengapa kerap kali aku keluhkan
Jiwa resah bak badai yang melanda
Sedangkan ia kunci yang diberi tuhan
Untuk ku pertingkatkan martabat iman

Andai saja ku miliki kekuatan
Sekuat cinta Rabiah Al Adawiyah
Setenang jiwa Khadijah Khuwailid
Sekudus kasih Fatimah Az zahrah
Selembut sentuhan Aisyah Humaira’
Dan sekental Hati bak Sumaiyah

Agungnya mereka disisimu ya Rabb
Sedangkan aku segumpal jiwa yang hina
Yang sering lari dari menggapai redhamu
Yang sering alpa pada suruhanmu
Demi mencari hanya senoktah cinta
Dari makhluk yang bergelar manusia

Andai azabmu pernah dirasakan
Oleh setiap jiwa yang bernama insan
Pasti cintamu yang menjadi idaman
Pasti Redhamu yang menjadi buruan
Pasti rindumu yang menjadi dambaan
Pasti murkamu yang amat digerunkan

Dan kepastian itu hanya akan tiba
Bila saja nyawa sudah meninggalkan jasad
Bila saja nafas sudah tidak bersisa
Bila saja mulut sudah tidak mampu berbicara

Ya Tuhan..
Andai masih punya ruang
Untuk redhamu berada di pangkuan
Maka bantulah aku dalam menyusuri jalan
Agar aku tidak tersasar haluan
Dalam mencari keutuhan cinta
Untuk ku jadikan mahar diriku ke syurga… 

Aabid_annisyaan
2010,Singapura

Saturday, 9 November 2013

Kamar Sepi Itu..


Di kamar itu...

Cahaya malap menembusi
Lilin tidak berapi
Segenap ruang dan lorong sunyi
Kamar itu sepi...

Di kamar itu..

Jendela tertutup rapi
Pintu kukuh berkunci
Pagar tegap mengelilingi
Bunga layu tiada seri
kamar itu sepi..

Di kamar itu

Terdengar titisan hujan
Deru angin menyapa bunyi
Hujan meleret hari demi hari...
Kamar itu sepi..

Hujan berhenti..

angin menyapa indah...
langit seakan bercahaya
Di belahan awan, 
Pelangi hadir memancar warna
cahaya menembusi,
Kamar sepi berwarna warni
Suram menjadi indah
Seri meninggalkan sepi
Bunga mekar berdiri
Kamar sepi..mulai berbunyi

Di kamar itu..

Irama sayup terdengar
Lagu merdu teralun indah
Lunaknya suara milik siapakah
Kamar sepi seakan menari

Awan bertukar arah..

mentari mulai menunjukkan diri
Pelangi terhindar dek panas mentari
Kamar terpancar cahaya
Panas menyengat ruang
Irama dan lagu tak lagi berbunyi
Kamar terang tetapi suram..
Kamar itu , kembali sepi.......

Aabid_annisyan 

8.00 pm , Singapura

Friday, 18 October 2013

John Locke; Pemikir dan ahli falsafah barat


Apabila kita mengatakan tentang falsafah, pasti yang terbayang di fikiran adalah para cendekiawan yang berada di sebalik sebuah teori dan falsafah itu. Sebut sahaja Aristotle, Plato, Socrates, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan ramai lagi adalah nama-nama besar yang tidak asing dalam dunia falsafah.

Antara salah satu doktrin Falsafah yang terkenal adalah teori Empirisme. Empirisme adalah suatu aliran dalam falsafah yang mengatakan bahawa semua pengetahuan berasal dari pengalaman manusia. Empirisme menolak anggapan bahawa manusia telah membawa fitrah pengetahuan dalam dirinya ketika dilahirkan. Teori Empirisme lahir di barat dengan tiga tokoh utama  iaitu, David Hume, George Berkeley dan John Lock.

John Locke, sebuah nama yang tidak asing dalam dunia pemikiran Barat. Pemikiran Liberalisme yang diterapkan beliau menjadi sandaran dan rujukan oleh Barat. Siapakah John Locke ini?

John Locke dilahirkan di Wrington , sebuah perkampungan di utara Somersetshire , pada 29 Ogos 1632. Keluarga beliau tinggal berhampiran kampung Pensford , di paroki Publow , kira-kira enam kilometer dari Bristol. John Locke merupakan seorang ahli falsafah barat yang namanya terkenal dengan pendekatan empirisme yang digagaskan beliau. John Locke bersahabat baik dengan Isaac Newton, dan Locke dipandang sebagai idola terpenting semasa era Pencerahan.

Menurut John Lock, seluruh pengetahuan bersumber daripada pengalaman manusia. Pandangan ini dapat digambar dengan gambaran empirisme yang mana ianya menolak pendapat kaum rasional yang mengatakan sumber pengetahuan manusia yang terutama berasal dari rasio atau fikiran manusia itu sendiri. Meskipun demikian, rasio dan fikiran juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengetahuan. Dengan demikian, Locke berpendapat bahawa fikiran dan rasio sesorang itu masih belum berfungsi selagi ia belum melalui sebuah pengalaman.

Situasi tersebut diibaratkan Locke seperti sebuah kertas putih (tabula rasa) yang kemudian mendapatkan isinya dari pengalaman yang dijalani oleh manusia itu. Rasio manusia hanya berfungsi untuk mengolah pengalaman-pengalaman manusia menjadi pengetahuan sehingga sumber utama pengetahuan menurut Locke adalah pengalaman.

Menurut Locke juga, manusia dilahirkan sedarjat, tidak ada manusia ketika dilahirkan ke dunia, lebih dari manusia lain. Tuhan memberikan kemampuan nalar, kesamaan keuntungan-keuntungan alamiah, kekuasaan dan juridikasi.
Perkara ini dapat dilihat daripada kenyataan beliau dalam karyanya ‘An Essay Concerning The True Original, Extent and End of Civil Government’; 
“A state also of equality, wherein all the power and jurisdiction is reciprocal, no one having more than another; there being nothing more evident that that creatures of the same species and rank, promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the same faculties, should also be equal one amongst another without subordinate or subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty ”

Jika dikaji, karya-karya John Locke bukan sahaja tertumpu kepada perbahasan falsafah, tetapi juga tentang pendidikan, ekonomi, teologi dan perubatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa buah karyanya yang menjadi tumpuan utama dan yang terpenting dalam sejarah hidup beliau.

An Essay Concerning Human Understanding, merupakan karya agung beliau, Buku ini merupakan karya beliau yang dihasilkan pada tahun 1690.  Dikatakan juga, bahawa melalui karya inilah yang membuatkan beliau menjadi masyhur. Buku ini  mempersoalkan mengenai asal usul, hakikat dan keterbatasan pengetahuan manusia. Teori beliau mengenai ‘Tabula rasa’ adalah yang pertama kali diperkenalkan melaui karya ini. Buku ini juga dikatakan sebagai sumber utama pemikiran Empirisme yang mana ianya telah berhasil mempengaruhi tokoh-tokoh besar falsafah yang lain seperti David Hume dan George Berkeley, dan Immanuel Kant.  Selain dari ini, terdapat dua lagi buah karya masyhur beliau. Iaitu, Two Treatises of Government dan Letters of Toleration.

Karya beliau dalam Two Treatises of Government  telah dibahagi menjadi First Treatises dan Second Treatises. The First Treatise difokuskan pada sanggahan dari Sir Robert Filmer, khususnya Patriarcha , yang berpendapat bahawa masyarakat awam ditubuhkan mengikut hak-hak ketuhanan raja. Second Treatises menghuraikan teori masyarakat awam. Di samping itu, Locke juga mengembangkan sejumlah tema penting iaitu keadaan alamiah dimana individu tidak bertanggungjawab untuk mematuhi satu sama lain, penaklukan dan perhambaan ,harta, pemerintahan perwakilan dan hak revolusi. Karya ini juga menjelaskan mengenai Liberalisme iaitu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.

Selain daripada dua karya di atas, karya beliau yang bertajuk Letters of Toleration juga merupakan salah satu tulisan beliau yang tepenting. Sehubungan dengan karya beliau mengenai konsep Negara, dalam buku ini beliau menyatakan pandangan beliau mengenai hubugan antara Negara dan agama. Dalam tulisan ini, Locke mengatakan, terdapat pemisahan tegas antara urusan agama dan Negara sebab tujuan masing-masih juga adalah berbeza.

Locke amat menekankan bahawa negara jangan ikut campur terlampau banyak dalam hal kebebasan menjalankan ibadah menurut kepercayaan agama masing-masing. Locke bukanlah orang pertama yang mengusulkan adanya toleransi agama ini, tetapi argumennya yang kuat yang dilontarkannya, yang berpihak kepada perlunya ada toleransi merupakan faktor utama penilaian terhadap pandangannya. Lebih dari itu, Locke mengembangkan prinsip toleransinya kepada golongan non-Kristien.

Locke juga berpendapat, tidak ada toleransi dalam ateis. Melihat kepada konteks kini dia boleh dikatakan amat terbuka, tetapi rasional dengan memandang kepada pengalaman-pengalama di zamannya. Melalui tulisan-tulisan mengenainya, apa yang dapat disimpulkan adalah alasan-alasan yang dikemukakan John locke demi terciptanya toleransi agama lebih meyakinkan pembacan dari pengecualian-pengecualian yang dibuatnya. Kesimpulannya, idea-idea beliau menjadi satu dasar.


Rujukan:

Roger Woolhouse. 2007. Locke A Biography. New York: Cambridge University Press

R.S Woolhouse. 1971. Locke’s Philosophy of Science and Knowledge. Britain: Basic Blackwell

E.W.F Tomlin. 1968. The Western Philosophers; an Introduction. London: Hutchinson & Co. LTD

Richard Aschcraft. 1991. John Locke Critical Assesment. London: Routledge

Stuart Brown.1996. British Philosophy and the Age of Enlightenment. London: Routledge. Chapter 3. Locke: Knowledge and its limits

Etienne Bonnot De Condillac .1756 . An Essay on the Origin Of Human Knowledge Gainesville, Florida: Scholar’s Facsimiles & Reprints

Yahya Jusoh, Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu dalam Al-Quran Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi. Malaysia: Penerbit UTM Press

Konstatin Kolenda. 1974. Philosophy’s Journey: A Historical Introduction. United State: Waveland Press

Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah Falsafah. Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.











Lihatlah dengan panca indera wahyu..bukan dengan nafsu


Karyaku Ilham Tuhan
Penaku anugerah Tuhan
Yang baik itu dari Tuhan
Kekurangan itu sifat Insan

Bismillahirrahmanirrahiim..

As an introduction, i am actually not a blog fans or into this blogging things. This blog was created  by request of my Lecturer as part of our task to be completed for our assignment. I was actually quite reluctant at first, but postitively thinking, it will actually benefits me or those who may gain something from this blog.. Insyaaa ALLAH!...So, hmm..what shall i write for this first post?

Ok..ini cuma tulisan santai2...Jadi bahasa pun agak rojak.:) 
So what is the relation with the topic?...Saya sebenarnya terpanggil untuk membuat coretan ini..Dunia hari ini saya lihat amat memerlukan kepada pengamatan dan penelitian kepada sesuatu perkara. Dan untuk memastikan agar pengamatan dan penelitian kita itu betul, haruslah merujuk kepada ilmu..Dan ilmu itu perlulah yang berlandaskan wahyu. Bercakap mengenai soal ilmu, saya bukanlah pakar atau ilmuan hebat untuk membahaskan soal ini. Hanya sekadar mengambil, menggarap, memahami, dan cuba mengamalkan melalui pengamatan dan fahaman saya sendiri. 

Ilmu merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa Ilmu manusia itu akan hidup dalam kegelapan. Tetapi, dalam mengamalkan dan proses memperolehi ilmu itu juga memerlukan kepada adab-adab yang perlu dititik beratkan. Saya melihat ilmu itu seperti Rezki. Siapa yang Allah pilih untuk mejadi seorang yang berilmu, maka dia akan dianugerahkan dengan kefaqihan yang mendalam dan ilmu yang sangat luas. Ilmu itu tidak cukup dengan hanya dibicarakan dalam ruang2 Fb, kepetahan berdebat, atau dalam pengajaran di kelas..Ilmu itu dimanifestasikan dalam diri, membuahkan hasil yang akan dirasakan kemanisannya oleh orang-orang sekeliling.. Ilmu itu bukan riya', bukan tiket untuk berlawanan antara satu sama lain, bukan pemecah kepada puak-puak atau perkauman...Ilmu seharusnya membawa kepada kebenaran dan kesatuan.

Dengan itu, saya berpesan pada diri saya, diri penuntut ilmu tidak boleh jauh hubungannya dengan Tuhan. Maka dengan itu, supaya gerak laku kita itu juga akan turut terpelihara daripada tersasar..Orang berilmu itu akan sentiasa merendah diri, sentiasa meraikan pendapat yang lain, dan tidak cepat 'melatah' terhadap sesuatu perkara. Ilmu itu memerlukanTadabbur, penghayatan dan pengalaman yang Istiqamah..Semoga kita di antara orang-orang yang dianugerahkan 'Faqih' dalam ilmu dan Istiqamah dalam amalan...Insyaa Allah...!

"Belajar itu murah..Tetapi Ilmu itu Mahal"








.