Apabila
kita mengatakan tentang falsafah, pasti yang terbayang di fikiran adalah para
cendekiawan yang berada di sebalik sebuah teori dan falsafah itu. Sebut sahaja
Aristotle, Plato, Socrates, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan ramai lagi adalah nama-nama
besar yang tidak asing dalam dunia falsafah.
Antara salah satu
doktrin Falsafah yang terkenal adalah teori Empirisme. Empirisme adalah suatu
aliran dalam falsafah yang mengatakan bahawa semua pengetahuan berasal dari
pengalaman manusia. Empirisme menolak anggapan bahawa manusia telah membawa
fitrah pengetahuan dalam dirinya ketika dilahirkan. Teori Empirisme lahir di barat
dengan tiga tokoh utama iaitu, David
Hume, George Berkeley dan John Lock.
John Locke, sebuah nama yang
tidak asing dalam dunia pemikiran Barat. Pemikiran Liberalisme yang diterapkan
beliau menjadi sandaran dan rujukan oleh Barat. Siapakah John Locke ini?
John
Locke dilahirkan di Wrington , sebuah perkampungan di utara Somersetshire ,
pada 29 Ogos 1632. Keluarga beliau tinggal berhampiran kampung Pensford , di
paroki Publow , kira-kira enam kilometer dari Bristol. John Locke merupakan
seorang ahli falsafah barat yang namanya terkenal dengan pendekatan empirisme
yang digagaskan beliau. John Locke bersahabat baik dengan Isaac Newton, dan
Locke dipandang sebagai idola terpenting semasa era Pencerahan.
Menurut John Lock, seluruh
pengetahuan bersumber daripada pengalaman manusia. Pandangan ini dapat digambar
dengan gambaran empirisme yang mana ianya menolak pendapat kaum rasional yang
mengatakan sumber pengetahuan manusia yang terutama berasal dari rasio atau
fikiran manusia itu sendiri. Meskipun demikian, rasio dan fikiran juga memainkan
peranan penting dalam menghasilkan pengetahuan. Dengan demikian, Locke
berpendapat bahawa fikiran dan rasio sesorang itu masih belum berfungsi selagi
ia belum melalui sebuah pengalaman.
Situasi tersebut diibaratkan
Locke seperti sebuah kertas putih (tabula rasa) yang kemudian mendapatkan isinya
dari pengalaman yang dijalani oleh manusia itu. Rasio manusia hanya berfungsi
untuk mengolah pengalaman-pengalaman manusia menjadi pengetahuan sehingga
sumber utama pengetahuan menurut Locke adalah pengalaman.
Menurut Locke juga, manusia dilahirkan
sedarjat, tidak ada manusia ketika dilahirkan ke dunia, lebih dari manusia
lain. Tuhan memberikan kemampuan nalar, kesamaan keuntungan-keuntungan alamiah,
kekuasaan dan juridikasi.
Perkara ini dapat dilihat daripada kenyataan
beliau dalam karyanya ‘An Essay Concerning The True Original, Extent and End
of Civil Government’;
“A state also of equality, wherein all the power and
jurisdiction is reciprocal, no one having more than another; there being
nothing more evident that that creatures of the same species and rank,
promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the
same faculties, should also be equal one amongst another without subordinate or
subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest
declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident
and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty ”
Jika
dikaji, karya-karya John Locke bukan sahaja tertumpu kepada perbahasan
falsafah, tetapi juga tentang pendidikan, ekonomi, teologi dan perubatan. Bagaimanapun,
terdapat beberapa buah karyanya yang menjadi tumpuan utama dan yang terpenting
dalam sejarah hidup beliau.
An Essay Concerning
Human Understanding, merupakan karya agung beliau, Buku ini merupakan karya beliau yang
dihasilkan pada tahun 1690. Dikatakan
juga, bahawa melalui karya inilah yang membuatkan beliau menjadi masyhur. Buku ini
mempersoalkan mengenai asal usul, hakikat dan keterbatasan pengetahuan
manusia. Teori beliau mengenai ‘Tabula rasa’ adalah yang pertama kali diperkenalkan
melaui karya ini. Buku ini juga dikatakan sebagai sumber utama pemikiran
Empirisme yang mana ianya telah berhasil mempengaruhi tokoh-tokoh besar
falsafah yang lain seperti David Hume dan George Berkeley, dan Immanuel Kant. Selain dari ini, terdapat dua lagi buah karya
masyhur beliau. Iaitu, Two Treatises of Government dan Letters
of Toleration.
Karya beliau dalam Two Treatises of
Government telah dibahagi menjadi First Treatises dan Second Treatises. The First Treatise difokuskan pada sanggahan dari Sir Robert
Filmer, khususnya Patriarcha , yang
berpendapat bahawa masyarakat awam ditubuhkan mengikut hak-hak ketuhanan raja. Second Treatises menghuraikan teori
masyarakat awam. Di samping itu, Locke juga mengembangkan sejumlah tema penting
iaitu keadaan alamiah dimana individu tidak bertanggungjawab untuk mematuhi
satu sama lain, penaklukan dan perhambaan ,harta, pemerintahan perwakilan dan
hak revolusi. Karya ini juga menjelaskan mengenai Liberalisme iaitu
falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.
Selain
daripada dua karya di atas, karya beliau yang bertajuk Letters of Toleration
juga merupakan salah satu tulisan beliau yang tepenting. Sehubungan dengan
karya beliau mengenai konsep Negara, dalam buku ini beliau menyatakan pandangan
beliau mengenai hubugan antara Negara dan agama. Dalam tulisan ini, Locke
mengatakan, terdapat pemisahan tegas antara urusan agama dan Negara sebab
tujuan masing-masih juga adalah berbeza.
Locke amat menekankan bahawa
negara jangan ikut campur terlampau banyak dalam hal kebebasan menjalankan
ibadah menurut kepercayaan agama masing-masing. Locke bukanlah orang pertama
yang mengusulkan adanya toleransi agama ini, tetapi argumennya yang kuat yang
dilontarkannya, yang berpihak kepada perlunya ada toleransi merupakan faktor
utama penilaian terhadap pandangannya. Lebih dari itu, Locke mengembangkan
prinsip toleransinya kepada golongan non-Kristien.
Locke juga berpendapat,
tidak ada toleransi dalam ateis. Melihat kepada konteks kini dia boleh dikatakan
amat terbuka, tetapi rasional dengan memandang kepada pengalaman-pengalama di zamannya.
Melalui tulisan-tulisan mengenainya, apa yang dapat disimpulkan adalah
alasan-alasan yang dikemukakan John locke demi terciptanya toleransi agama
lebih meyakinkan pembacan dari pengecualian-pengecualian yang dibuatnya.
Kesimpulannya, idea-idea beliau menjadi satu dasar.
Rujukan:
Roger Woolhouse. 2007. Locke A
Biography. New York: Cambridge University Press
R.S Woolhouse. 1971. Locke’s
Philosophy of Science and Knowledge. Britain: Basic Blackwell
E.W.F Tomlin. 1968. The Western Philosophers; an Introduction. London:
Hutchinson
& Co. LTD
Richard Aschcraft. 1991. John Locke Critical Assesment. London: Routledge
Stuart Brown.1996. British Philosophy and the Age of Enlightenment. London:
Routledge.
Chapter 3. Locke: Knowledge and its limits
Etienne Bonnot De Condillac .1756 . An Essay on the Origin Of Human
Knowledge Gainesville, Florida: Scholar’s Facsimiles & Reprints
Yahya Jusoh, Azhar Muhammad.
2012. Falsafah Ilmu dalam Al-Quran Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi.
Malaysia: Penerbit UTM Press
Konstatin Kolenda. 1974. Philosophy’s
Journey: A Historical Introduction. United State: Waveland Press
Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah
Falsafah. Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:
Post a Comment