Hati sakit melihat gambar ini. Di dalam hati pelbagai sumpah seranah dilontarkan. Semuanya ditujukan terhadap kafir laknatullah. Rasa ibarat maruah agama dipijak di lantai hina. Jika diberi peluang untuk membelasah salah seorang kafir rasanya mahu dipukul hingga mati..Ya..amarah menguasai jiwa..namun setakat manakah amarah itu? adakah cuma sehangat seminit dua? kemudian ia pun berlalu bersama angin yang bertiup?
Apabila agama dihina, semua orang berasa marah. Baik ahli agama mahupun kutu lepak di kedai-kedai kopi, semuanya menunjukkan bantahan, cercaaan, hinaan terhadap golongan yang melakukan penghinaan ini. Namun setakat manakah perjuangan itu? Apakah usaha yang dilontarkan dalam menaikkan syiar Islam? Adakah cukup dengan hanya duduk melihat hinggalah apabila Islam dihina baru kita menunjukkan amarah?
Cukupkah dengan hanya memberi komen di ruang2 media sosial tambahan lagi dengan komen yang sangat kesat dan biadap. Begitukah sikap kita?
Islam itu perlu dihayati dan dicermati. Tidak cukup hanya ibadah harian yang sekadar menjadi 'ritual' tanpa penghayatan sebenar. Islam itu mengandungi ilmu yang perlu dikaji. Islam itu mempunyai keluhuran akhlak yang perlu disantuni. Tidak cukup Islam itu digambarkan dengan pakaian Islam jika jiwa dan minda kita kosong. Kita ditendang dan diremehkan. Kerana apa? kerana si jahil yang datang dari golongan kita sendiri. Yang kononnya bijak ingin menaikkan syiar Islam. Yang kononnya ingin memperjuangkan hak-hak Islam.Walhal makna agama itu sendiri tersasar jauh dari pandangan alam mereka. Lalu kita? kita terpedaya. mengikuti rentak ideology yang dipandang tinggi oleh mereka-mereka yang jahil tentang agama.Kita ditayangkan dengan keindahan teknologi. Disibukkan dengan kehidupan dunia. Media sosial yang berleluasa melahirkan generasi yang hanya celik IT tetapi buta ilmu. Ilmu apa? Ilmu yang mampu menyelamatkan diri kepada kebenaran. Kerana kebenaran bukan lagi tujuan bagi mereka-mereka yang lalai.
Apa usaha kita?tak perlu usaha apa-apa. Kita bukan orang yang rajin mengkaji dan membudayakan Ilmu.. Kita bukan yang rajin membaca apatah lagi ingin mentadabbur ayat-ayat Al-Quran. Kita bukan berjiwa besar untuk menghafal dan mengetahui hadith-hadith Nabi.Kerana kita terlalu sebok mengira dosa dan pahala orang lain. Kita terlalu sebok mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Sebok memperjuangkan 'Sunnah' dan memukul rata bid'ah terhadap orang yang tidak melakukan 'Sunnah'. Begitu juga yang terlalu bersemangat mengajak orang bersatu padu pada maulid dan majlis2 zikir dan sangat pantas menjatuhkan label bagi golongan yang tidak melakukannya. Begitukah kita?
Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun...
Aqidah pluralis-inklusif dengan semangat kesamaan dan kebersamaan yang melewati batas itu akhirnya akan menghakis kesedaran jati diri keislaman. Mengikis rasa bangga dangan keunggulan agama yang 'Ya'la wala yu'la alaih', menghapuskan rasa cemburu terhadap kesucian agamanya dan menghilangkan ras amulia sebagai orang Mukmin. Barangkali memang itulah yang sangat diinginkan oleh musuh-musuh islam. Apabil umat ini tidak lagi merasa memiliki sesuatu yang istimewa, dan Islam tidak lagi dirasakan sebagai satu-satunya agama yang benar, akan mudahlah diseret ke mana sahaha malah akan mudahlah juga mereka dimurtadkan. -Khalif Muammar, Atas nama kebenaran.

No comments:
Post a Comment