Berkata Saidina Ali r.a : “Aku tidak melihat sesuatu yang haq lagi pasti
terjadi tetapi di anggap batil tidak bakal terjadi, seperti halnya maut. Dan
tidak juga melihat sesuatu batil dan pasti lenyap tetapi dianggap haq dan kekal
seperti halya dunia” (M.Quraish Shihab, 2002)
Manusia itu adakalanya sering terlupa akan wujudnya kematian. Kematian
seakan-akan hanya ditetapkan untuk orang lain. Maut itu bakal memutuskan segala
kelazatan duniawi, tidak kira sama ada sesorang itu dalam keadaan sedar atau
tidak.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, biarpun kamu
dalam benteng yang tinggi lagi kukuh” ( Surah An-Nisaa’, ayat 78).
Dalam firmannya yang lain: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari
daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu
akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu
Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (Surah Al-Jumu’ah, ayat
8)
Hal kematian
ini telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 99 kali. Dengan itu, sebagai umat
Islam perlulah kita sentiasa menghayati dan mengambil pengajaran darinya.
Kematian itu tidak menunggu sebarang persiapan dari setiap jiwa, maka dengan
itu cukup lah peringatan mengenainya yang menggegaskan kita untuk melakukan
persiapan.
Manusia itu perlu sedar akan singkatnya perjalanan hidup di muka bumi
ini. Terutamanya mereka perlu sedar bahawa saat kematian itu telah datang,
tiada guna lagi amalan atau harapan bahkan doa yang ingin dipanjatkan. Dengan
itu, selagi manusia itu masih berpeluang meneruskan kehidupan, perlulah dia
sentiasa lebih menyibukkan diri dalam melakukan kebajikan dan amal soleh agar
ketika kemtaian itu datang menjemput dia tidak lah meninggalkan dunia ini dalam
keadaan yang penuh sesalan.
Seorang penulis dan ahi sejarawan barat, Will Durrant, ada mengatakan:
“Maut adalah sumber semua agama, boleh jadi jika maut tidak ada maka
kepercayaan kepada Tuhan juga tidak ada”
Kerana ini juga Rasulullah S.a.w menganjurkan untuk kita selalu
menziarahi kubur. Bukan untuk meminta tetapi untuk mengingatkan kita bahawa
suatu ketika kita yang hadir sebagai penziarah itu juga bakal berada di tempat
yang sama pada suatu hari nanti.
P/s: Destinasi akhir itu setia menanti..
hanya kita yang sengaja tidak mahu mengerti,..
Mari persiapkan diri...
esok lusa belum pasti terjadi...

No comments:
Post a Comment