Nasr Hamid Abu Zayd, adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia
Liberal. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh Islam Liberal dengan
perjuangannya dalam menegakkan Tafsiran Hermeneutika untuk diguna pakaikan
dalam konteks tafsiran Al-Quran. Beliau merupakan seorang pemikir kontroversi
yang berasal dari Mesir. Kenyataan-kenyataan beliau yang bersifat kontroversi
itu dapat dilihat melalui karya-karya beliau antaranya:
Beliau menyatakan bahawa al-Quran itu sama dengan teks-teks lain.
Beliau juga menegaskan bahawa teks-teks agama adalah teks budaya (anna
al-nusus al-diniyah nusus lughawiyah so’nuha ayat nusus ukhra fi al-thaqafah).
(Islam Liberal,Tafsiran Agama yang kian terpesong)
Pendapat Nasr Hamid ini yang menyamakan al-Quran dengan kitab yang
lain kemudiannya telah dikemukakan oleh seorang orientalis yang berasal dari
Australia, Arthur Jeffery (1959M). Melalui pemahaman daripada kenyataan Nasr
Hamid, Jeffery kemudiannya menyimpulkan bahawa kitab al-Quran itu tidak ada
istimewanya. Al-Quran dianggap kitab yang suci padahal ia sebenarnya telah
melalui beberapa tahap. Menurut beliau lagi fenomena ini tiada bezanya dengan
apa yang telah dilalui oleh golongan kristien, yang mana kitab yang dianggap
suci oleh mereka telah melalui beberapa tahap yang ditentukan oleh golongan
autoriti agama mereka.
Pada 14 November 2006, sebuah musyawarah yang membincangkan mengenai
perkembangan pemahaman Liberal di sejumlah kota besar Indonesia telah diadakan.
Dalam perbincangan tersebut, dipaparkan bagaimana pandangan Islam Liberal
terhadap al-Quran:
“Al-Quran bukan lagi dianggap sebagai wahyu suci dari Allah s.w.t
kepada Muhammad s.a.w, melainkan merupakan produk budaya (muntaj tsaqafi)
sebagaimana yang digulirkan oleh Nasr Hamid Abu Zayd. Metode tafsir yang
digunakan ialah hermeneutika, kerana metode tafsir konvensional dianggap sudah
tidak lagi sesuai dengan zaman. Amin Abdullah mengatakan bahawa sebahagian
tafsir dan ilmu penafsiran yang diwarisi umat Islam selama ini dianggap telah
melanggengkan status quo dan kemerosotan umat Islam secara, moral,
politik dan budaya. Hermeneutika kini sudah menjadi kurikulum rasmi di
UIN/IAIN/STAIN seluruh Indonesia. Bahkan, di perguruan tinggi Islam di
Nusantara ini hermeneutika makin digemari” (Adian Husaini, MA, Abdurrahman
al-Bahgdadi, 2007,hlm.2)
Secara harfiyyah, hermeneutika ini merujuk kepada makna tafsir. Dan
secara etimologinya, istilah hermenuetika ini berasal dari bahasa Yunani hermeneuin
yang bermaksud menafsirkan. (Adian Husaini, MA, Abdurrahman al-Bahgdadi, 2007,hlm.7)
Istilah ini sebenarnya dirujuk kepada salah seorang tokoh Yunani
yang bernama Hermes. Hermes dikenali sebagai tokoh yang bertugas menyampaikan
pesan-pesan Dewa kepada manusia. Melalui tradisi ini, hermeneutika kemudiannya
berkembang sebagai metodologi dalam kajian penafsiran Bible, dan seterusnya ia
berlangsung dikembangkan oleh para ahli teologi dan falsafah barat dengan
menjadikannnya metode penafsirn umum yang diguna pakaikan dalam penafsiran umum
seperti ilmu-ilmu sosial dan lain-lain.
Sahiron Syamsuddin, dalam karyanya Hermeneutika Al-Quran, menyatakan
Pada awalnya, hermeneutik ini hanya dipakai oleh mereka yang berhubungan erat
denga Kitab Suci Injil dalam menafsirkan kehendak Tuhan kepada manusia. Model
ini dikenali dengan dengan ilmu Tafsir Kitab Suci. Namun, heremeneutik ini
tidak hanya mutlak milik kaum penafsir Kitab Suci, ia berkembang pesat dalam
pelbagai disiplin keilmuan yang luas. Kajian yang sama juga dilakukan pada
teks-teks klasik Yunani dan Romawi. Bentuk hermenuetik dalam kajian di atas
mulai berkembang pada abad 17 dan 18.
Tafsiran hermeneutika ini mempunyai prinsip-prinsip tertentu dalam
melakukan metode tafsiran tersebut. Richard E.Palmer dalam karyanya From
Phenomenology to Hermeneutics halaman 23-48 telah menyatakan
prinsip-prinsip berikut yang diterjemahkan:
Pertama: Hermeneutik ini adalah teori penafsiran Kitab Suci
Kedua: Hermeneutik sebagai sebuah metode filologi.
Ketiga: Hermeneutik sebagai ilmu pemahaman linguistik.
Keempat: Hermeneutik sebagai dasar ilmu kemanusiaan.
Kelima: Hermeneutik sebagai pemahaman eksistensial.
Keenam: Hermeneutik sebagai system penafsiran
Melalui prinsip-prinsip ini, jika difikir secara kritis dan
analitikal, metode hermeneutika ini sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah
disiplin ilmu yang mencermikan sebuah falsafah. Hal ini dapat dilihat melalui
kenyataan Hans George Gadamer dalam karyanya Philosophical Hermeneutics yang
telah diterjemahkan oleh Sahiron Syamsuddin:
“Meskipun hermeneutik atau interpretasi termuat dalam kesusateraan,
linguistik, hukum, sejarah, agama, dan disiplin ilmu lainnya yang berhubung
dengan teks, namun akhirnya adalah tetap filsafat”. (Sahiron Syamsuddin, 2003,
hlm.60)
Kesimpulannya, tafsiran hermeneutika ini adalah berbeza dengan ilmu
tafsir yang telah digariskan oleh para ulama’ Islam. Prinsip-prinsip dalam
hermeneutika memggambarkan dan mengisyaratkan bahawa tidak ada suatu teks yang
tidak dapat ditafsirkan oleh hermeneutika ini. Ini adalah berbeza dengan kajian
ilmu tafsir yang mana ulama’ telah bersepakat bahawa adanya ayat muhkam dan
mutasyaabih dan dengan ini tidak semua ayat al-quran dapat difahami
maknanya dengan jelas. Dengan inilah ‘Abdullah ibn ‘Abbas yang terkenal dengan
kefaqihannya dalam ilmu tafsir telah menegaskan bahawa dalam penafsiran
Al-Quran terbahagi kepada empat kategori:
Pertama: ayatnya dapat diketahui secara umum melalui bahasa arab.
Kedua: Tidak ada alasan untuk tidak mengetahuinya seperti ayat-ayat
tentang halal dan haram.
Ketiga: Sebahagian ayat hanya dapat difahami oleh para Ulama.
Keempat: Sebahagian ayat hanya diketahui maknanya oleh Allah S.w.t
Maka
dengan ini, kita dapat melihat bahawa pada akhirnya apa yang ditawarkan oleh
hermeneutika dalam menafsirkan teks-teks tertentu tidak lain hanya sebuah
rekaan, karya dan ciptaan manusia kerana itu ia mempunyai banyak kelemahan.
Allahu ‘Alam
Rujukan
Khalif
Muammar. Edisi kedua 2009. Atas
Nama Kebenaran. Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal. Bangi: Institut
Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
Prof. Dr
Hamadi B.Husain. 2007. Dekonstruksi
Pemikiran Islam Liberal, Kritik Fenomena JIL. Bandung: Pustaka Bayan
Adian
Husaini, M.A & Abdurrahman al-Baghdadi. 2007. Hermeneutika & Tafsir Al-Quran. Jakarta: Gema Insani.
No comments:
Post a Comment